Make your own free website on Tripod.com

PeNYaKit-pEnYakiT

Rabies


Rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit yang paling ganas kepada haiwan kerana ia dapat membunuh haiwan yang terkena penyakit ini. Ia juga boleh menular kepada manusia. Terdapat 3 kategori penyakit ini iaitu Stadium Melancholium, Stadium Exitatie dan Stadium Paraltycum. Antara simptom-simptom penyakit Stadium Melancholium ialah anjing akan kelihatan gelisah dan hilang selera makan dan minum. Untuk penyakit jenis Stadium Exitatie pula dalam masa beberapa hari serangan anjing akan menggigit apa sahaja yang ada dan berlari ke sana sini dan menghilangkan diri. Manakala untuk Stadium Paraltycum pula anjing akan menjadi lumpuh dalam masa seminggu dan kemudian mati. Untuk mengelakkan penyakit Rabies ini anjing akan diberi suntikan vaksin untuk mengelakkan penyakit ini pada umur 5 bulan.



Leptospirosis


Penyakit ini tidak kurang bahayanya. Pembawa penyakit ini biasanya adalah kuman yang terdapat di dalam air kencing tikus. Ia tidak boleh diambil ringan kerana ia boleh membawa maut kepada njing peliharaan. Atara simptom-simptom penyakit ini ialah anjing akan demam, lembab dan tidak bersemangat serta sakit pada otot-otot. Jika mendapati anjing terdapat simptom yangtelah diberikan, maka segeralah membawa anjing peliharaan anda ke klinik haiwan. Untuk mengelakkan penyakit ini sebaiknya anda membawa anjing anda ke klinik untuk mendapatkan vaksin pencegahan sebelum berumur 3 bulan.



Canine Distemper


Penyakit ini boleh menular ke seluruh dunia. Penyebaran penyakit ini hanya melalui sentuhan dan udara. Biasanya ia menyerang anjing muda dan dewasa yang tidak mempunyai daya tahan yang kuat dalam tubuh. Penyakit ini telah menjangkau angka kematian yang tinggi iaitu kira-kira 80% kematian di seluruh dunia. Antara simptom penyakit ini ialah anjing akan demam, gelisah, tidak ada selera makan, cirit-birit, keluar cecair dari hidung, bauk dan radang paru-paru. Kadangkala terdapat bintik-bintik merah pada kulit anjing. Selain itu juga boleh berlaku kekejangan otot dan lumpuh. Sebelum terlambat anda boleh mendapatkan vaksin pencegahan sebelum anjing berusia 3 bulan.



Parvo Virus


Penyebaran penyakit ini sama seperti Canine Distemper. Hanya 10% anjing yang terkena penyakit ini didapati hidup. Anjing akan muntah-muntah kerana virus ini telah menyerang system pencernaan. Selain itu anjing juga akan terkena cirit-birit, muntah darah dan berak darah. Untuk mengelakkan penyakit ini anda harus mendapatkan suntikan vaksin peyakit ini sebelum anjing berumur 3 bulan.




PenDahUlUan