Make your own free website on Tripod.com

PeMakaNAn

Pemakanan haiwan peliharaan seperti anjing ini bergantung kepada jumlah yang betul dan propaganda nutrient yang lengkap. Untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat ia memerlukan 6 keperluan asas seperti air, protein, lemak, karbohidrat, mineral dan vitamin.


Semua benda hidup di dunia ini memerlukan air. Ia amat penting untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga anjing, ia amat memerlukan air untuk terus hidup. Air yang diberikan kepada anjing haruslah bersih dan segar. Anjing akan mudah mendapat jangkitan penyakit jika air yang diberikan kurang bersih. Kuantiti air juga perlu betul supaya anjing tidak kekurangan air dalam badan. Iar dapat mengawal dahaga, lapar, pembesaran anjing, kkeaktifannya dan mengawal suhu badan anjing tersebut.


Protein juga penting untuk pembesaran dan membaiki tisu-tisu badan. Ia jug abagus untuk darah, enzim dan tenaga. Jika kekurangan protein perut anjing akan mengalami masalah kerana asid amino akan masuk ke dalam salur darah. Pengambilan protein bergantung kepada aktiviti seharian anjing tersebut. Selalunya anak anjing memerlukan lebih protein dari anjing dewasa. Ini kerana protein diperlukan semasa proses tumbesaran.


Karbohidrat terdiri dari gula, kanji dan serat. Kajian menunjukkan bahawa anjing yang bunting lebih memerlukan karbihidrat berbanding anjing biasa. Karbohidrat diperlukan dalam kandungan darah, lebih-lebih lagi gula. Ini kerana haiwan ini aktif dan lincah. Jadi tenaga amat banyak diperlukan.


Lemak diperlukan untuk menambah tenaga. Jika dibandingkan dengan protein dan karbohidrat, lemak lebih diperlukan untuk tenaga. Tetapi lemak tidak boleh diambil terlalu banyak. Kebanyakan makanan anjing segera sekarang sudah menyediakan sukatan yang harus seekor anjing ambil untuk mengekalkan kesihatan. Begitu juga dengan lemak. Di dalam makanan tersebut sudah cukup untuk menampung keperluan lemak yang dikehendaki.

Untuk lebih mudah beli sahaja makanan yang sudah siap dijual dikedai-kedai. Ini kerana di dalam makanan itu sudah cukup untuk menampung segala nutrient yang diperlukan oleh anjing peliharaan anda. Beri anjing anda makan mengikut jadual yang telah ditetapkan dal setiap paket makanan. Beri makanan yang sesuai mengikut umur dan keperluan anjing.


PenDahUlUan