Make your own free website on Tripod.com

Dingo

Dingo adalah sejenis anjing yang hidup di kawasan tanah kering dan hutan Australia. Ahli saintis tidak dapat mengenalpasti asal usul anjing jenis ini. Kemungkinan mereka berasal dari keturunan anjing yang dibawa ke Australia sekitar 3500 tahun dahulu. Sesetengah anjing jenis ini telah dilatih oleh orang-orang Australia sebagai anjing pemburu. Mereka juga menggunakan anjing ini sebagai selimut pada malam yang sejuk atau lebih dikenali sebagai ‘three dog nihgt’. Dingo mempunyai saiz badan yang sederhana. Kebanyakan anjing ini adalah pendek, bulu berwarna kuning keperangan. Telinga anjing ini besar, matanya pula sangat tajam penglihatannya dan sanagt peka kepada bau. Anjing dewasa adalah kira-kira 90cm panjang. Anjing jenis ini suka menyalak dan kadangkala ia melaung. Anjing ini akan keluar memburu bersendirian dalam kumpulan yang sangat kecil. Mereka sanagt aktif pada waktu malam. Haiwan karnivor ini memakan tikus, kangaroo, burung, arnab, cicak dan haiwan ternakan.

JeNis-jENiS

PeNDAhuLUan