Make your own free website on Tripod.com

Dhole

Nama saintifik Dhole ialah Cuan Alpinus atau lebih dikenali sebagai ‘ Anjing Merah Asia’. Ia adalah anjing yang sesuai hidup dikawasan hutan hujan, Cuaca Khatulistiwa atau cuaca yang sekeadaan dengannya seperti di India, China, Tibet, Malaysia dan di kawasan selatan Asia. Anjing ini boleh mengeluarkan pelbagai jenis bunyi, termasuk bunyi wisel, bunyi mengetuk, mengeluarkan bunyi seperti orang menjerit. Anjing jenis ini semakin pupus pada masa kini. Ia amat sukar untuk ditemui. Dhole mempunyai bentuk fizikal yang sederhana dan kulitnya berwarna merah-perang dan ekornya hitam. Anjing dewasa mempunyai 90 cm panjang dan 43cm panajang ekornya. Dhole akan keluar memburu dalam kumpulan yang kecil iaitu kira-kira 5-12 ekor anjing setiap kumpulan. Haiwan karnivor ini akan memburu rusa, kambing liar, dan kambing gunung. Seperti anjing –anjing lain mereka juga memburu berdasarkan deria bau untuk mengesan binatang buruan. Dhole merupakan anjing yang pandai berenag. Ia akan menolak haiwan buruan ke dalam air untuk memudahkan mereka menangkap haiwan tersebut.

JeNis-jENiS

PeNDAhuLUan