Make your own free website on Tripod.com

Alaskan Malamute

Alaskan Malamute merupakan sejenis anjing yang berotot dari Alaska. Anjing ini sangat rajin dan mempunyai saiz badan yang besar. Walaupun ia mempunyai kelebihan dari segi ketahanan tetapi ia bukanlah haiwan yang berlari laju. Anjing ini mempunyai bulu yang panjang dan tebal untuk melindunginya dari cuaca sejuk. Kulit anjing ini mempunyai 2 lapisan. Lapisan pertama mempunyai bulu yang pendek dan tebal manakala lapisan kedua panjang dan kasar. Anjing jenis ini juga kelihatan seperti serigala jika sekali pandang. Berat anjing ini lebih kurang 34-39kg dan ketinggiannya kira-kira 60cm. Saiz fizikal anjing betina lebih kecil berbanding saiz anjing jantan. Matanya pula berwarna coklat dan ekornya juga sangat cantik.

JeNis-jENiS

PeNDAhuLUan